Friday, December 17, 2010

Segmen: Dulu aku nakal..!!


 Harini Encik Ben berhajat nak buat kita semua mengimbau balik zaman-zaman nakal masa sekolah dulu.. hahahah! Ade je idea kreatif En. Ben ni kan? Bagus.. bagus.. segmen2 macam ni dah terbukti buat blog2 baru semakin dikenali.. Thanks En. Ben!

Ok, sekarang Siti nak imbau balik kenangan masa nakal dulu..^^


 
  • Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun
Sekolah rendah: 
Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Tuan Poon (1990-1995)

Sekolah menengah: 
SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam (1996-2000)
SMK Dato' Haji Hassan Yunus, Renggam (2001-2002)
  • Aktiviti kokurikulum yang diceburi
Masa sekolah rendah, Siti join kelab koir. Selalu juga masuk pertandingan peringkat sekolah dan buat persembahan untuk majlis2 rasmi kat sekolah. Yang paling best, Siti sorang je ahli kelab yang berbangsa Melayu, yang lain semua bangsa Cina.. ^^
Kat sekolah menengah pula, Siti join Persatuan Pandu Puteri, Kelab Koperasi, Kelab Koir dan Kumpulan Zapin. Masa jadi ahli kelab koperasi, Siti merupakan salah seorang petugas yang jaga kaunter koperasi, masa ni lah mula belajar berniaga dan Siti memang minat berniaga sejak tu.. ^^
Masa tingkatan 6, Siti kurang aktif. Sebab masa ni betul2 tumpukan perhatian belajar je. Tapi masa ni tetap ade pegang jawatan Timbalalan Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Setiausaha Silat Gayung, Bendahari Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA).
  • Jawatan yang disandang dulu
 Takde. Hehe... Siti tak pernah pegang apa2 jawatan dalam kelas. Sbb Siti dulu antara pelajar yang suka lawan undang2 sekolah, hehe... ^^
  • Nama guru kesayangan
Hm.. ramai... Tapi antara nama2 yang Siti ingat sampai sekarang: Cikgu Tasmirah (biologi), Cikgu Hanafi (fizik), Cikgu Hatta ( pengajian Am), Cikgu Chin (mikroekonomi)

  • Subjek paling disukai dan tak suka
Siti paling minat subjek pendidikan seni! Sebab, dalam kelas seni tak payah dengar cikgu mengajar, juz buat lukisan atau ape2 kraftanagn ikut kreativiti. Selain tu, Siti minat juga subjek sains.
Subjek yang paling Siti tak suka pula, Pendidikan Jasmani sebab malas nak salin baju senam.. Selalu ponteng time PJ ni.. Hahahaha!

  • Kawan baik masa sekolah
Ini kawan2 baik Siti masa SPM..^^
(Diorang sume dah kawen.. kecuali Siti..)
Ini kawan2 baik masa STPM..^^
 (Yang kat dalam gambar ni pun semua dah kawen..^^)
  • Cita-cita masa sekolah
Cita-cita Siti tak tetap.. sentiasa berubah-ubah.. pernah bercita-cita nak jadi saintis.. ahli kimia.. astronomer.. tapi semua tak tercapai.. akhirnya jadi cikgu je skrg..^^

  • Artis feveret masa sekolah
Ramai... Ella, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, dan sape lagi ntah.. Siti dah lupa.. ^^

  • Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
Siti kene peluk dgn seorang lelaki kurang siuman kat depan bank BSN! Fobia betul lepas tuu.... Lagi, kenangan putus cinta.. hahaa! Tapi tak sangka yang terputus tu sekarang dah jadi tunang Siti.. ^^

  • Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ..
Siti nak belajar betul2, dapatkan keputusan SPM yang paling gempak, pastu sambung pelajaran ke luar negara.. huhuuu...

  • Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
Siti dan bestfriend sanggup panjat pagar sebab nak ponteng sekolah! Terselak-selak kain sbb nak panjat pagar punye pasal... bila lepas je, kitorang terus jalan laju2, takut kene tangkap dgn cikgu disiplin... esoknye, masa perhimpunan, nama kawan2 Siti kene panggil sbb ade pengawas yg nampak.. tapi Siti plak terlepas, heheeee......
Nakal tak?? Hehehe... nampak je mcm ayu.. tapi Siti boleh tahan gak nakalnye.. cuma nakal2 manja jela.. tak penahlah sampai jadi kes juvana.. ^^





7 comments:

rossoneri said...

lol,semua orang kebanyakannya panjat pagar skolah..kita xyah panjat pun,sebab dah ada orang tolong buatkan lubang kat pagar berdawai tuh,hahah

Siti Noraisyah said...

wahhh... lagi advance tu.. hehehe... ^^

Rozuan Ismail said...

salam perkenalan..saya rozuan

rabiatul said...

Waahh, nakal jgk ye. Hehe. ^_^

norh said...

salam perkenalan :)

Syafiq Rosli said...

nice memories

Siti Noraisyah said...

Rozuan: Salam perkenalan juga..^^

rabiatul: nakal sikit2 je..=p

norh: salam perkenalan..^^

syafiq: Yup, mmg manis kenangan tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...