Photobucket Photobucket

Saturday, December 4, 2010

Cuaca sejuk, tp ramai yg PANAS HATI..

Isu ape ni?
Hahaaa... rasanya semua dah tahu pasal harga petrol, diesel, gula dan gas yang naik kan?

Siti dapat msg yg kawan2 forwardkan sebelum kul8 malam semalam. 
Dalam msg tu dorg suruh Siti isi tangki minyak kete penuh2 sbb harga petrol akan naik berkuatkuasa pada jam 12 tgh malam.

Bila fikir2kan, malasla nak keluar... lagipun comfirm stesen minayk tu dah penuh.. pastu kene beratur panjang...
Biarlah, nak naik pun naikla... sape la kita ni kan? nak bersuara pun, setakat mane je la suara kita rakyat2 bawahan ni... Redha je la ye... 

Ape pun, ini lah masanya untuk kita rancang balik perbelanjaan kita. 
Sebab, nak harapkan harga petrol dan harga barangan yg lain turun, hmm... mmg tak mungkinlahhh...
Jadi salah satu usaha yang terbaik ialah dengan menabung dan merancang dengan teliti setiap sen dan ringgit yang keluar dari poket kita.
Tak perlulah nak bermewah-mewah sangat, hidup dengan ape yang ade jelah...

lagipun Siti rasa, rakyat Malaysia ni dah banyak membazir. Tengok jelah kat tong2 sampah atau kat tapak pelupusan sampah tu. Macam2 ade.
Daripada sekecil-kecil sampah sampailah yang sebesar-besar sampah...

Tu semua sebab ape?? Sebab kita dah mewah sangatla....
Teguran ni pun bukan untuk orang lain, tapi untuk diri SITI sendiri juga.

So pasni, Siti nak lancarkan "Kempen Menabung" yang lebih giat. Heeee... ^^
Target Siti, nak saving sebulan RM500.
Genap 2 tahun, bolehlah kawen... hihihiiii..... ^^
Pasni kete Siti ni lebih banyak parking kt garaj jela...huhu...
Jgn marah2, nti kene darah tinggi.. so senyum jela ye.. ^^

2 comments:

Salim Harmanain said...

btul2..sgt setuju dgn post ni.. :)

Siti Noraisyah said...

terima kasih Salim..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...