Photobucket Photobucket

Saturday, December 4, 2010

KPT diminta siasat pelacuran pelajar IPT

KOTA KINABALU 4 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan yang menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa ‘menjadi pelacur’ bagi membiayai kos pengajian mereka.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat.
"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.
"Isu pelajar IPT ‘terpaksa’ melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk,” katanya dalam satu kenyataan d sini hari ini.
Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr. Jaina Sintian pada simposium parti itu Khamis lepas bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia

Wowww!!!
Melacur sbb nak membiayai kos pengajian???
Nonsense!!
Pada Siti, mereka yang melacur tu bukanlah sbb nak tampung kos pengajian, sebaliknya juz nak tampung kos berbelanja. Kalau setakat nak tampung kos belajar, tak payah melacur pun bolehla......
Siti dulu pun belajar, 2 semester Siti yang terakhir Siti tak dapat loan sesen pun!
Alhamdulillah.... Takdela sampai terfikir nak melacur atau nak cari sugar daddy.
Kudrat ade, akal pun ade... so gunakanlah rahmat yang Allah dah bagi ni sebaiknya.
Siti dulu sanggup keje part-time jaga makmal komputer, sejam bayaran RM2.50 je...
Satu hari Siti boleh jaga 6-8 jam.
Pastu, shopping2 ni mmg xdela... dapat duit, juz utk beli yg penting2 je...
kadang2 makan pun sekali sehari...
Asalkan ade nasi putih, dan sayur sikit pun dah memadai...
Nak mintak dgn mak dan abah kat kampung, tak sampai hati...
So, Siti sanggup tak balik kampung masa cuti semester.. keje je kt makmal komputer.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...
Nak seribu daya, taknak seribu dalih....
So, fikir-fikirkanlah....

Tanpa melacur pun Siti boleh dapat segulung ijazah.. ^^

2 comments:

syazana amira said...

betul2.. alasan je bagi yang wat cmtu.. suma nak amik jalan senang.. maka hilanglah maruah..

Siti Noraisyah said...

yg melacur tu sbb nak hidup mewah je.. bkn nak blajar sgt pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...