Tinggal lagi berapa hari je contest Siti "Photo Contest: My Best Friend Forever" akan tamat.. Sehingga ke saat ini, peserta dah menjangkau seramai 173 orang!!! Wowww....!! Siti memang tak sangka yang sambutan sangat menggalakkan... Thanks kepada semua yang menyokong.. terharuuuu... sob.. sob.. sob..
Ini menunjukkan yang kebanyakan blogger memang suka contest kan? dan kalau tengok kat senarai peserta, majoriti adalah blogger perempuan. Lelaki sangat kecil bilangannya. Kenapa? Blogger lelaki tak suka contest?? Heeee.... takpelah... contest ni pun juz untuk suka2 je... secara tak langsung Siti dapat juga bantu blogger2 yang tengah kering idea (macam Siti selalu.. huhuuu) untuk tulis entry kat blog masing-masing. Juga sebagai penghargaan kepada sahabat2 yang kita kasihi.
Cuba baca entry mereka tentang sahabat2 mereka, berapa lama mereka berkawan? dan mengapa mereka dianggap sebagai sahabat? Masing-masing ada kisah dan cerita sendiri. Ada yang dah berkawan berpuluh-puluh tahun, ade yang berbelas tahun, ade yang baru beberapa tahun atau berapa bulan... sebenarnya, jangka masa tu tak penting. Tak semestinya yang paling lama kita kenal tu boleh jadi sahabat kita. Sebab yang paling utama adalah bagaimana mereka menerima kita sebagai sahabat dan bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan kita.
Dan, tak semestinya sahabat tu adalah orang yang bukan darah daging kita sendiri. Ade entry yang dihantar oleh sorg peserta ni, BFF beliau adalah ibu beliau sendiri. Kagummm... sebab, jarang anak2 nak berkongsi kisah dengan ibu bapa sama macam mereka berkongsi kisah dengan kawan-kawan. Malah, ade yang sanggup mengutamakan kawan melebihi tanggungjawab kpd ibu bapa sendiri.
Jadi, jangan pening-pening tentang siapa yang akan jadi pemenang. Biar Siti yang pening sorang je ea.. heheee... Tapi, memandangkan penyertaan sangat ramai... Jadi Siti rasa Siti nak buat sistem undian. Ok tak? Jadi, Siti nak minta bantuan rakan-rakan blogger untuk tentukan siapa yang lebih layak menjadi pemenang. Peserta kalau nak undi sendiri pun bolehhh... atau kalau nak minta kawan2 tolong undikan pun takde masalah... Undian akan Siti buka selepas Contets My BFF tamat secara rasminya pada 31 Disember 2010, tepat jam 11:59pm. Jadi, sila bersedia ye... heheeee....
Jika ada cadangan atau pandangan tentang pemilihan pemenang, jangan segan silu untuk tinggalkan komen di bawah ye... jangan takut.. Siti tak makan orang... heheee.... ^^
1 comment:
hehe..benda2 yg berkaitan dgn kwn2 ni mmg saya suka sgt..hehe :D
Post a Comment