Zaman dah berubah.. dunia makin maju..
Ingat lagi tak dengan tagline satu iklan ni dulu? Siti tak ingatla iklan ape.. tapi kalau tak silap, iklan surat khabar Berita Harian. Tapi Siti bukan nak cerita pasal berita harian ni, tapi nak cerita tentang cara shopping zaman sekarang.
Shopping Online vs Shopping Offline
Agaknye... yang mane satu lebih memuaskan hati?? Ok, jom kita kaji kebaikan dan keburukan pembelian secara online ni.
Satu masa dulu, pembelian secara online ni memang agak janggal pada kita, lagipun masa tu prosesnya tak semudah sekarang. Kalau tak silap, dulu semuanya kene ade kad kredit. Lagipun masa tu belum ada mesin Cash Deposit, jadi kalau nak membayar pun kenelah beratur dekat kaunter... Tapi sekarang, semuanya dah lebih mudah. Yang takde kad kredit pun boleh. Sekarang dah ade Maybank2u, transfer, CDM, paypal dan mcm2la.. kadang2 sampai Siti pun xtau nak sebut...
Lagi satu yang best tentang shopping online ni, kita tak payah nak keluarkan duit minyak dan tenaga. Cuma duduk depan laptop atau PC, masuk ke mane2 blogshop atau website yg ade shopping online... tengok album dorang, pilih item yang kita suka, isi order form, once dah dapat comfirmation drpd owner terus buat payment, then tunggu jelah 2 atau 3 hari, barang akan terus sampai kat depan pintu rumah.. Haaaa..... best kan? Jadi kita boleh jimatkan banyak masa dan masa yang ada tu kita boleh buat macam2 benda yang lebih berfaedah.
Tak perlu fikir shopping complex mane nak pegi.. tak payah pening cari dan bayar parking... tak rambang mata nak tengok sale yang macam2... tak sakit kaki nak round kat semua kedai yang ada... and takdelah sampai gaduh-gaduh atau masam2 muka dengan BF/tunang/hubby yang dah penat ikut kita tapi kita plak tak jumpe lagi ape yg kita nak.. heheee.... ^^
Cuma, membeli secara online ni banyak juga yang kita perlu ambil perhatian. Pertama sekali, pastikan blogshop yang menjual barang tu betul2 menjual barang yang dia tunjukkan kat album. Sebab, sebelum ni ade satu kes, bila customer dah bayar, barang tak sampai2... rupe2nya, blogshop dia tu memang duwujudkan untuk menipu orang.. dan gambar2 tu semuanya gambar dari blogshop orang lain... Bila dah ramai sangat customer yang komplen tak dapat barang, terus die hapuskan blogshop dia tu. Ishhhh... so make sure anda berhati-hati.
Tapi macam mane nak tahu itu blogshop betul atau si penipu? Caranya, cuba hantar satu komen kat entry dia. Kalau masa send komen tu kene masukkan verification word, dan kene tgu approval dr blog's owner, berhati-hatilah. Cara lain, tanye dengan customer yang pernah beli barang dgn dia. So, kene rajin2lah tengok follower dia atau friendlist yang ada kat FB dia tu, sebab kebanyakkan blogshop skrg mesti ada fanpage kat FB. Kalau dia ade sertakan alamat kedai, check dulu kat google map, wujud tak alamat tu. Banyak lagi kaedah lain, yang paling penting, jangan terburu-buru. Ambil sedikit masa untuk kenal pasti blogshop tu dulu.
Selepas membuat pembayaran, mesti ingat selalu untuk simpan resit atau apa2 juga bentuk bukti pembayaran. Manalah tahu kalau ada masalah, contohnya barang yang kita order tak sampai-sampai, bukti tu boleh kita tunjukkan kepada pemilik blogshop. Dan, jangan lupa untuk minta tracking number selepas pihak blogshop mengesahkan yang barang kita sudah dipos. Selepas barang dah sampai pula, buka dan check barang yang anda pesan sama ada ia barang yang betuk atau pun tidak. Dan periksa juga kalau-kalau ada apa2 kerosakan. INGAT! Baca dulu syarat-syarat pembelian yang ada dipaparkan di blogshop. Sebab, tak semua blogshop akan menggantikan barang2 yang rosak selepas sampai ke tangan anda!
Ini antara tips yang Siti dapat kongsikan. Sebab, Siti ni pun sebenarnya antara orang yang suka buat pembelian secara online. Yang paling penting, janganlah sampai perbelanjaan anda melebihi pendapatan yang anda terima setiap bulan. Shopping tu penting, tapi SAVING tu lagi penting!!
cardigan, dress dan kasut ni Siti beli secara online tau..^^ |
2 comments:
baguslah tips ct manis ni.. i like :)
pasni bolehla shopping online dgn senang ati yek..^^
Post a Comment