Gambar hiasan je.. ^^ |
Bosan? Jemu?
Hmm.. memang baguslah kalau ade sesiapa yg tak pernah ade rasa bosan dan jemu dalam hidup dia.
Kenape kita ade rasa bosan? Kenape kita ade rasa jemu?
Fitrah manusia yang Allah ciptakan, ada macam2 perasaan dan nafsu. Bosan dan jemu tu juga adalah perasaan yang Allah ciptakan untuk mengisi hidup kita.
Tanpa ada rasa jemu, mungkin kita akan melakukan sesuatu tanpa berhenti. Yela, tak jemulah katakan...
Contohnya, kalau seseorang melakukan kesalahan seperti mencuri. Mungkin pada awalnya si pencuri tu rasa sangat seronok dan berbangga dengan aktiviti yang dia lakukan. katakanlah, sampai suatu masa si pencuri mulai rasa jemu dan bosan kerana kerap mencuri. Ape yang akan terjadi? Mungkin, si pencuri tu akan berhenti menjadi pencuri. Ini tak mustahil berlaku. Dan itulah antara hikmah mengapa Allah menciptakan rasa jemu dan bosan kepada kita.
Cuma, jemu dan bosan tu perlu disalurkan ke jalan yang betul. Jangan pula kita bosan melakukan kebaikan, atau bosan melakukan amal ibadah... Astaghfirullah... Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada rasa bosan yang seperti itu...
Jika timbul rasa jemu atau bosan dalam diri, lakukanlah sesuatu yang bermanfaat. Janganlah biarkan diri kita terus dihimpit kebosanan, kerana syaitan akan sentiasa menggoda dan menghasut hati2 kita yang sedang kosong tanpa pengisian...
Buktinya, cuba kita tanya kepada remaja2 dan mereka yang sering melakukan kerosakan di luar sana. Bagaimana mereka boleh memulakannya? Alasan yang biasa kita dengar: "Aku bosan kt umah..." atau "Aku dah jemu hidup susah..."
Jadi, sama2lah kita peringatkan diri kita dan sesiapa sahaja yang hampir dengan kita. Isilah masa yang ada. Banyak perkara baik yang kita boleh lakukan. Allah berikan kita 24jam dalam sehari. Sama utk setiap makhluk di bumi ni.Tiada sesiapa yang terkurang atau terlebih masanya. Hanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk mengurus masa yang ada.
No comments:
Post a Comment