Thursday, December 30, 2010

Tawaran Pertukaran Pinjaman (5% dan 3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Balik dari sekolah tadi, mak kata posmen ada hantar surat 'istimewa' untuk Siti. Alahaiiii... surat ape pulakkkk... takut jugak kalau surat saman ke... dahla gaji dah 'licin' ni... Mak pun sengeh2 semacam je.. ishhhhh.... 

Tengok kat atas meja, takde surat pun? Yang ade cuma poskad kecik. Eh! Dah lama tak dapat poskad. Takkan saman polis sekarang guna poskad je?? Bila tengok dekat2... Ohhhhhh.... Surat Ahlong.... eh bukan!! Surat PTPTN.... Aaaaaa?? PTPTN???!!! Alamak.... kenapa plak ni?? Tau2 jela... Siti memang dah lama tak bayar.. bukan taknak bayar k... tapi akhir2 ni Siti memang 'kekeringan' sangat.... gaji pun bukanlah besar... name je keje swasta... tapi gaji Siti lebih kecik daripada matanya gaji lulusan diploma tau... huhuu.... 

Dah2... banyak pulak citernye... tengok tajuk jab... "Tawaran Pertukaran Pinjaman kepada Pinjaman Ujrah". Oooooo... inilah yang PTPTN war-warkan sebelum ni... tentang kadar peratusan yang diturunkan daripada 3% kepada 1%. Baca isi poskad pulak, hasil semakan PTPTN mendapati Siti bersalah layak untuk dipertimbangkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah (1%). Oleh itu, Siti dikehendaki mengemaskini dengan segera maklumat terkini di dalam laman web PTPTN.

Tak susah sangat pun... Siti cepat2 masuk ke laman web PTPTN, dan ikut arahan dengan betul, kemudian terus kemaskini maklumat yang PTPTN perlukan. Mudah-mudahan permohonan Siti ni diluluskan... Siti pun taknak berhutang lama2 ni... kalau boleh nak cepat2 sattle, supaya kepala dah tak payah fikir ape2 hutang lagi dah... Nak enjoy pun tak senang hati tau, kalau terfikir tentang hutang ni. Siti pun tak fahamlah, macam mane orang yang berhutang boleh buat tak tau je dengan hutang2 yang dorang buat tu. 

Bukan ape... sebab ade juga orang yang berhutang dengan Siti dah bertahun-tahun... tapi buat tak tahu je sampai sekarang... Masa nak berhutang, macam-macam dia cakap, Siti ni pun kesianlah kan.. yela... sebagai orang Islam, tak sampai hati rasanya nak biarkan saudara seagama, kawan pulak tu berada dalam kesusahan. Jadi, walaupun amsa tu Siti sendiri belum bekerja, Siti hulurlah beberapa ratus yang ada, dengan harapan dapat meringankan beban dia. Dan tak sangka pula... janji untuk bayar balik dalam tempoh sebulan tu, terus senyap buat tak tau je... awal2 tu selalulah juga Siti minta, SMS, telefon.. tapi lama-lama, SIti sendiri yang rasa segan nak mintak... haihhhhhh...... 

Takpelah... harap2nya, orang yang berhutang dengan SIti tu terbukalah hatinya untuk cari Siti semula dan jelaskan hutang yang dia dah buat.  Dan korang pun, yang ada hutang PTPTN macam Siti ni, kalau berkemampuan, gaji 4angka, boleh pakai kete mahal2, janganlah 'liat' membayar hutang ye... kesian kat adik-adik yang tengah belajar tu.. mungkin ada yang terjejas pinjamannya disebabkan kita ni yang tak bayar balik pinjaman... Malulah kat Siti ni, yang gaji kecik, tapi tetap berusaha tiap2 bulan untuk bayar walaupun dengan jumlah yang sedikit... 

Oh yee... kepada yang tahu lebih lanjut tentang tawaran pertukaran ni, boleh ke web site PTPTN www.ptptn.gov.my

 

3 comments:

b a m b a m ' s said...

borang dia sgt byk nak kena fill in kan...!tak terbuat pon lagi..huhu

Siti Noraisyah said...

Lohhh... yeke? borang tu nanti dia hantar ke umah ke?

b a m b a m ' s said...

nnt dia emel lar kak..borang tuh nnt kena apply ngan borang2 yg len..banyak betol dimintanya..hehehe..kiter pon x submit lagi..ade due date ker?huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...