Saturday, December 18, 2010

Mee Sanggul Goreng

Bangun pagi hari ni, tiba2 terasa sangat lapar pulak.. Mungkin sbb semalam tak makan malam.. (dietla kononnye.. ^^). Terfikir-fikir nak buat sarapan ape yang ringkas, cepat dan sedap. Then, ternampak pula mee sanggul Cintan yang Siti beli minggu lepas. Hm.. bolehla... cuma nak kene ke pasar cari bahan2 sampingan sikit.

Sumber: Google
Inilah mee sanggul yang Siti guna. Tak susah nak sediakan mee ni, cuma kuarkan dari plastik, kemuadian rendam sekejab. Kalau nak lebih cepat, celur je mcm masak mee maggi tu.. ^^





Ini pula, mee sanggul goreng yang dah siap dihidang.. heee.. sangat simple resepinye ok..^^

Bahan-bahan:
- mee sanggul cintan
- cili kering ( potong dan rendam dalam air panas )
- bawang merah
- bawang putih
- bawang besar
- halia
- ikan bilis ( boleh ganti dgn udang kering, udang segar, daging kisar dll )
- kiub pati ayam
- kucai
- tomato
- taugeh
- fishball
- air asam jawa
- sos tomato
- kicap
- garam
- gula
- minyak masak

Cara memasak:
- Rendam mee sanggul sehingga lembut dan kembang.
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, ikan bilis dan kiub pati ayam.
- Panaskan minyak masak dalam kuali, dan tumiskan bahan kisar tadi hingga naik minyak.
- Masukkan air asam jawa, sos tomato, gula, garam dan kicap. Kacau rata.
- Rasa dulu perencah tadi. kalau dah cukup rasa, masukkan fishball dan tomato. Kemudian, masukkan pula mee sanggup yang dah ditos sebelum itu. Kacau supaya perencah rata pada mee.
- Taburkan daun kucai dan taugeh. Kacau supaya rata. Matikan api dan bolehla dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...