Harini Encik Ben berhajat nak buat kita semua mengimbau balik zaman-zaman nakal masa sekolah dulu.. hahahah! Ade je idea kreatif En. Ben ni kan? Bagus.. bagus.. segmen2 macam ni dah terbukti buat blog2 baru semakin dikenali.. Thanks En. Ben!
- Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun
Sekolah rendah:
Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Tuan Poon (1990-1995)
Sekolah menengah:
SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam (1996-2000)
SMK Dato' Haji Hassan Yunus, Renggam (2001-2002)
- Aktiviti kokurikulum yang diceburi
Masa sekolah rendah, Siti join kelab koir. Selalu juga masuk pertandingan peringkat sekolah dan buat persembahan untuk majlis2 rasmi kat sekolah. Yang paling best, Siti sorang je ahli kelab yang berbangsa Melayu, yang lain semua bangsa Cina.. ^^
Kat sekolah menengah pula, Siti join Persatuan Pandu Puteri, Kelab Koperasi, Kelab Koir dan Kumpulan Zapin. Masa jadi ahli kelab koperasi, Siti merupakan salah seorang petugas yang jaga kaunter koperasi, masa ni lah mula belajar berniaga dan Siti memang minat berniaga sejak tu.. ^^
Masa tingkatan 6, Siti kurang aktif. Sebab masa ni betul2 tumpukan perhatian belajar je. Tapi masa ni tetap ade pegang jawatan Timbalalan Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Setiausaha Silat Gayung, Bendahari Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA).
- Jawatan yang disandang dulu
- Nama guru kesayangan
- Subjek paling disukai dan tak suka
Subjek yang paling Siti tak suka pula, Pendidikan Jasmani sebab malas nak salin baju senam.. Selalu ponteng time PJ ni.. Hahahaha!
- Kawan baik masa sekolah
Ini kawan2 baik Siti masa SPM..^^
(Diorang sume dah kawen.. kecuali Siti..)
Ini kawan2 baik masa STPM..^^
(Yang kat dalam gambar ni pun semua dah kawen..^^)
- Cita-cita masa sekolah
- Artis feveret masa sekolah
- Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
- Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ..
Siti nak belajar betul2, dapatkan keputusan SPM yang paling gempak, pastu sambung pelajaran ke luar negara.. huhuuu...
- Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
Nakal tak?? Hehehe... nampak je mcm ayu.. tapi Siti boleh tahan gak nakalnye.. cuma nakal2 manja jela.. tak penahlah sampai jadi kes juvana.. ^^
7 comments:
lol,semua orang kebanyakannya panjat pagar skolah..kita xyah panjat pun,sebab dah ada orang tolong buatkan lubang kat pagar berdawai tuh,hahah
wahhh... lagi advance tu.. hehehe... ^^
salam perkenalan..saya rozuan
Waahh, nakal jgk ye. Hehe. ^_^
salam perkenalan :)
nice memories
Rozuan: Salam perkenalan juga..^^
rabiatul: nakal sikit2 je..=p
norh: salam perkenalan..^^
syafiq: Yup, mmg manis kenangan tu..
Post a Comment