Memang dah lama sangat tak jumpe 'lala' ni.. kenape ntah, dah susah sangat.. agaknye dah hampir pupus kot... Kalau dulu, bila g pasar je mesti ade 'lala' ni, tapi skrg....
Tapi, dah rezeki harini agaknya, masa Siti pegi pasar dgn mak tadi, terjumpa pulak orang jual lala... tak pikir panjang, terus beli je, walaupun harganya sekilo RM6.. mahal kan? Hmm.. dah teringin punya pasal, beli jugakla... kan kempunan, lagi susah.. hehe...
Sila abaikan hiasan yg tak cantik ni k.. ^^ |
So, harini nak share sikit resepi 'Lala masak pedas' ni..
Bahan-bahan:
-Lala (rendam sekejab, kemudian bilas dan tos)
- cili kering (dipotong dan rendam dalam air panas)
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-bawang besar
-serai
-asam jawa
-sos tomato
- telur 3 biji atau lebih
-gula
-garam
-minyak masak
Cara-cara memasak:
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan2 yg dikisar tadi dan serai yg sudah diketuk.
- Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam secukup rasa dan sos tomato.
- Rasa dulu. kalau dah sempurna masam, manis dan masin, baru masukkan lala.
- Kacau rata dan masukkan telur yang telah dipukul. Kemudian, tutup kuali dengan penutup selama 5minit. Besarkan api.
- Selepas 5 minit, kacau rata lagi dan bolehla tutup api. Hidangkan.
3 comments:
sedapnyerrr , awk masak .hantar sini sikit . hee hee
lai2 , singgah blog saya jap
http://bayiberiman.blogspot.com/2010/12/tlg-jawab-betul-ke-aku-belagak.html
;)
salam...jemput join contest d blog saya... =)
http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html
wow .. !
lala masak pedas ???
lepas ni nak try masak .
tu pon kalau ada lala lagi .
hee .
thanx for sharing . .
Post a Comment